- Suriani binti Ibrahim
- IKBN Jitra
- Hits: 10
Pengiktirafan EKSA Kendiri (Kategori Cemerlang) daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra atas kejayaan meraih Pengiktirafan EKSA Kendiri (Kategori Cemerlang) daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Pencapaian ini adalah hasil komitmen, kerjasama dan usaha berterusan semua pihak dalam memastikan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan berkualiti tinggi.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua warga IKBN Jitra yang telah bertungkus-lumus menjayakan usaha ini. Semoga kecemerlangan ini terus dikekalkan dan menjadi inspirasi untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. 

