- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 38
BENGKEL PEMURNIAN BAHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (BPDP - WIM) SIRI 2
📍Sri Jaya, Pahang - IKBN Kemasik selaku Centre of Excellence (CoE) bagi bidang kepakaran Hospitaliti-Perhotelan, dibawah kelolaan Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK), telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemurnian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (BPdP-WIM) Siri 2 Tahun 2026. Bengkel yang berlangsung selama empat (4) hari, bermula 6 hingga 9 Julai 2026, telah diadakan di Pusat Latihan JAKOA Paya Bungor, Pahang.💻
Bengkel ini memberi tumpuan kepada pemurnian BPdP-WIM bagi dua kursus berikut:
📖 Bengkel Pemurnian BPdP:
🛏️ SHA 03 (Room Aesthetics & Decoration)
🏨 SHH 03 (Kaunter Hadapan - Front Office)
Bengkel ini menghimpunkan tenaga pengajar berpengalaman daripada Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dalam usaha memperkukuh kualiti bahan pengajaran agar lebih sistematik, relevan dan selaras dengan keperluan industri semasa. ✨
ILKBS yang terlibat sebagai panel penggubal ialah:
📌IKBN Kemasik (SHA 03 & SHH 03)
📌IKBN Bandar Penawar (SHA 03 & SHH 03)
Hasil kerjasama semua panel, pembangunan BPdP bagi kedua-dua kursus telah berjaya dibangunkan dengan bimbingan dan khidmat nasihat daripada Fasilitator WIM Bertauliah (Lantikan JPK):
👤 Fasilitator WIM (FB WIM):
• Puan Nur Azlina binti Che Anuar (IKBN Kemasik)
Bengkel ini akan diteruskan melalui dua lagi siri pemurnian BPdP bagi memastikan semua dokumen berkaitan disiapkan sepenuhnya sebagai persediaan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
🎉Tahniah dan syabas kepada semua panel penggubal serta fasilitator WIM atas komitmen, kepakaran dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam menjayakan pembangunan serta pemurnian BPdP-WIM demi memperkasakan kualiti latihan TVET di ILKBS. 💪
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
