PAMERAN SEMPENA PROGRAM STEM OUTHREACH WORKSHOP

    PAMERAN SEMPENA PROGRAM STEM OUTHREACH WORKSHOP

    Kemaman - Program STEM Outreach Workshop Fasa 1 (Zon D) Tahun 2026 telah berjaya menutup tirainya di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (Kemaman), sekali gus melengkapkan pelaksanaan Fasa 1 yang melibatkan empat zon di seluruh negeri Terengganu.

    Penglibatan Reruai Team CHI (Media, Promosi & Publisiti) IKBN Kemasik, membuka kaunter pameran untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dan pengunjung yang hadir. 
    khususnya golongan belia, bagi menyebarkan maklumat tepat mengenai peluang latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) yang ditawarkan di institut ini.

    Antara pengisian yang disediakan di booth IKBN Kemasik termasuklah:
    * Sesi Kaunseling Kerjaya & Akademik: Penerangan terperinci mengenai kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat kemasukan.
    * Semakan Syarat Kemasukan: Kemudahan bagi belia tempatan membuat semakan kelayakan kemasukan ke IKBN Kemasik.
    * Aktiviti Interaktif: Peluang bagi pengunjung bertanyakan soalan secara langsung kepada tenaga pengajar dan wakil institut.

    Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nazri bin Muda, Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Yayasan Terengganu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), institusi pengajian tinggi serta pelbagai agensi teknikal dalam usaha memperkasa pembudayaan STEM dalam kalangan pelajar.

    Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti berimpak tinggi seperti Kecerdasan Buatan (AI), Robot Tempur (Combat Robotics), Dron serta pelbagai inovasi teknologi yang berjaya mencungkil kreativiti, kemahiran penyelesaian masalah dan semangat inovasi.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya. 
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.