PROGRAM PEMERKASAAN RAKAN MAHIR & KREATIVITI SRM

    PROGRAM PEMERKASAAN RAKAN MAHIR & KREATIVITI SRM

    Cameron Highlands – Sekretariat Rakan Muda (SRM) IKBN Kemasik telah menganjurkan Program Pemerkasaan Rakan Mahir & Kreativiti SRM IKBN Kemasik 2026 di Dewan Terbuka Kampung Orang Asli Menson, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.

    Program ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial yang bertujuan memperkasakan komuniti Orang Asli melalui perkongsian ilmu dan kemahiran asas dalam bidang Dandanan dan Gunting Rambut serta Pembuatan Bakeri. Pendekatan pembelajaran secara praktikal memberi peluang kepada peserta untuk memperoleh kemahiran baharu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan harian serta berpotensi menjadi sumber pendapatan pada masa hadapan.

    Tahniah diucapkan kepada SRM IKBN Kemasik atas komitmen dalam menjayakan program yang memberi impak positif kepada belia dan beliawanis Orang Asli. 

    Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang amat menggalakkan sepanjang program berlangsung. Penghargaan turut dirakamkan kepada JAKOA Derah Cameron Highlands, Pahang dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sehingga program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.