- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 15
BENGKEL PEMURNIAN DAN PENGESAHAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (BPdP-WIM)
Serdang, Selangor – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik selaku Centre of Excellence (CoE) bagi bidang kepakaran Hospitaliti-Perhotelan dan Kosmetologi di bawah kelolaan Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK), telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemurnian dan Pengesahan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (BPdP-WIM) Tahun 2026.
Bengkel yang berlangsung selama tiga (3) hari, bermula 16 hingga 18 Ogos 2026, memberi tumpuan kepada pemurnian dan pengesahan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (BPdP-WIM) bagi dua kursus, iaitu:
💄SCK 03 – Terapi Kecantikan
🏨 SHH 03 – Kaunter Hadapan (Front Office)
Bengkel ini menghimpunkan tenaga pengajar berpengalaman daripada Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bagi memastikan bahan pengajaran yang dibangunkan lebih sistematik, relevan, berkualiti serta selaras dengan keperluan industri semasa.
🤝 ILKBS yang terlibat sebagai panel penggubal:
📌 IKBN Kemasik – SCK 03 & SHH 03
📌 IKBN Peretak – SCK 03
📌 IKBN Bandar Penawar – SHH 03
Hasil kerjasama dan kepakaran semua panel, proses pemurnian BPdP-WIM bagi kedua-dua kursus telah berjaya dilaksanakan dengan bimbingan serta khidmat nasihat daripada Fasilitator WIM Bertauliah (Lantikan JPK) dan Panel Technical Advisory Committee (TAC).
👤 Fasilitator WIM (FB WIM):
• Encik Zarol Amin bin Zali – SCK 03, IKBN Peretak
• Puan Nur Azlina binti Che Anuar – SHH 03, IKBN Kemasik
👤 Panel Technical Advisory Committee (TAC):
• Puan Rica binti Razali – SCK 03, Narae Empire KL
• Puan Nur Azianna binti Denny – SHH 03, Amari Hotel Johor Bahru
🎉 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua panel penggubal, Fasilitator WIM dan Panel TAC atas komitmen, kepakaran serta dedikasi yang telah dicurahkan dalam menjayakan proses pembangunan, pemurnian dan pengesahan BPdP-WIM ini .
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
