- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 12
KURSUS PENGGUNAAN KEPINTARAN BUATAN (AI) DALAM PENGURUSAN LATIHAN & PENTADBIRAN
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik telah berjaya menganjurkan Kursus Penggunaan Kepintaran Buatan (AI) Dalam Pengurusan Latihan dan Pentadbiran pada 17 hingga 19 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Latihan MARDI, Serdang, Selangor.
Kursus selama tiga hari ini telah menghimpunkan seramai 24 orang pegawai Skim E yang terdiri daripada Pembantu Pegawai Latihan, Penolong Pegawai Latihan dan Pegawai Latihan daripada Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Kursus ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Ismail Abd Malek daripada HeyMasta Sifoodotcom, yang telah berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran berkaitan penggunaan serta aplikasi teknologi Kepintaran Buatan (AI) dalam menyokong dan memperkasakan pengurusan latihan serta pentadbiran.
Sepanjang pelaksanaan kursus, para peserta telah diberikan pendedahan secara praktikal dan interaktif berkaitan penggunaan AI bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti, kreativiti, inovasi serta kualiti penyampaian perkhidmatan. Pengisian kursus turut memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi AI secara beretika, berkesan dan bersesuaian dengan keperluan tugas serta perkembangan teknologi semasa. Penganjuran kursus ini merupakan salah satu inisiatif IKBN Kemasik dalam menyokong agenda transformasi digital serta memperkukuh kompetensi warga ILKBS agar lebih bersedia menghadapi perubahan dalam landskap pengurusan, latihan dan pentadbiran.
Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam pelaksanaan tugas di institusi masing-masing, seterusnya menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, inovatif dan berimpak tinggi.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
