Temerloh, Pahang – Pertukaran pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dengan MUIP Hotel Sdn. Bhd. bagi bidang Hospitaliti / Kosmetologi serta dengan PedalSupplies Kijal bagi bidang Hospitaliti / Multimedia telah berlangsung dengan jayanya sempena Jelajah TVET ILKBS Zon Timur & IDEA 2026 di Dewan Tun Razak, Dataran Temerloh.
Majlis bersejarah ini telah disaksikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, sekali gus menandakan komitmen kerajaan dalam memperkukuh kerjasama strategik antara institusi kemahiran dan industri.
Pihak industri yang terlibat dalam pemeteraian MoU ialah:
MUIP Hotel Sdn. Bhd.: Tuan Robae Bin Lubis (Pengarah Urusan) dan Puan Noorliza Binti Ibrahim (Pengurus Sumber Manusia).
PedalSupplies Kijal: Tuan Muhammad Hafiz Bin Yusof (Pengarah Operasi) dan Tuan Noor Rizuan Bin Zolkepli (Pengurus Sumber Manusia).
Selain itu, Sesi Dialog Industri 2026 turut diadakan pada malam sebelumnya bersama rakan strategik sedia ada, Hani D Unggul Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pn. Hjh. Siti Rohani Binti Othman.
Reruai pameran interaktif oleh pelajar Jabatan Kosmetologi (Perekaan Gaya Rambut) turut mendapat perhatian apabila dikunjungi oleh YB Menteri KBS, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS serta Pengarah Kemahiran BPKB KBS.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama industri, meningkatkan kebolehpasaran graduan, dan memperkasakan agenda TVET negara.
TVET Pilihan Kerjaya Utama.
ILKBS Profesional Terunggul.
