IKBN KEMASIK JAYAKAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026

    IKBN KEMASIK JAYAKAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026

    Kemasik, Kemaman – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat IKBN Kemasik 2026 dengan pelbagai aktiviti sukan yang mendapat sambutan meriah daripada warga institut.

    Program yang berlangsung di IKBN Kemasik ini menyaksikan penyertaan aktif dalam acara sukan seperti Karom (Double Lelaki & Double Wanita), Ping Pong (Perseorangan Lelaki, Double Lelaki & Double Wanita), Dart (Double Lelaki & Double Wanita) serta Sepak Penalti (Kategori Terbuka).

    Sambutan ini bukan sahaja mencetuskan suasana riang dan semangat kesukanan, malah turut memperkukuh hubungan silaturahim antara pelajar dan tenaga pengajar. Dengan tema “Jom Sertai dan Meriahkan! Aktif Sihat Cergas Bersama”, program ini berjaya mencapai objektif untuk memupuk budaya hidup sihat, aktif dan cergas dalam kalangan belia.

    Menambah kemeriahan, pihak penganjur mengucapkan tahniah kepada semua pemenang pertandingan. Sebagai galakan berterusan, pihak penganjur turut berhasrat untuk menganjurkan program akan datang. Penganjuran ini sekaligus membuktikan komitmen IKBN Kemasik dalam menyokong agenda Hari Sukan Negara yang digerakkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta ILKBS, demi melahirkan generasi belia yang sihat, berdaya saing dan bersemangat tinggi.

    💼 TVET Pilihan Kerjaya Utama.  
    🏆 ILKBS Profesional Terunggul.

    #HariSukanNegara2026 
    #TeamKBS 
    #ILKBS 
    #IKBNKemasik 
    #AktifSihatCergasBersama

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.