- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 9
πβ¨ BENGKEL WIM KERTAS PENILAIAN TAHUN 2026 BAGI KURSUS SCR 03 & SHH 03
Paya Bungor, Pahang β Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik selaku Centre of Excellence (CoE) bagi bidang kepakaran Kosmetologi dan Hospitaliti-Perhotelan di bawah kelolaan Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (BPdP-WIM) Kertas Penilaian Tahun 2026.
Bengkel yang berlangsung bertempat di π Pusat Latihan JAKOA Paya Bungor, Pahang selama tiga (3) hari, bermula π
30 September hingga 2 Oktober 2026, memberi fokus kepada pembangunan BPdP-WIM Kertas Penilaian bagi dua kursus, iaitu:
πββοΈ SCR 03 β Perekaan Gaya Rambut
π¨ SHH 03 β Kaunter Hadapan
Bengkel ini menghimpunkan tenaga pengajar berpengalaman daripada Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sebagai panel penggubal bagi memastikan kertas penilaian yang dibangunkan adalah sistematik, relevan, berkualiti serta selaras dengan keperluan industri semasa, di samping memenuhi keperluan dan kehendak berdasarkan panduan pembangunan elemen penilaian yang sedang berkuat kuasa.
π€ ILKBS yang terlibat sebagai panel penggubal:
πΉ IKBN Kemasik β SCR 03 & SHH 03
πΉ IKBN Peretak β SCR 03
πΉ IKBN Bandar Penawar β SHH 03
Hasil kerjasama, kepakaran dan komitmen semua panel penggubal, proses pembangunan BPdP-WIM Kertas Penilaian bagi kedua-dua kursus telah berjaya dilaksanakan dengan bimbingan serta khidmat nasihat daripada Fasilitator WIM Bertauliah (Lantikan JPK).
π¨βπ« Fasilitator WIM (FB WIM):
Encik Zarol Amin bin Zali - IKBN Peretak
π Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua panel penggubal serta Fasilitator WIM atas komitmen, kepakaran dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam menjayakan pembangunan BPdP-WIM Kertas Penilaian Tahun 2026.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.Β
ILKBS Profesional Terunggul.
Β
#TeamIKBNKemasik
#TeamILKBS
#TeamKBS
#TVETMalaysia
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#cpkkikbnkemasik
