- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 14
IKBN KEMASIK SERTAI PROGRAM “JUTAWAN BERSAMA BANK RAKYAT”
Kerteh, Kemaman – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik terus komited memperkasakan golongan belia apabila tampil membuka booth pameran sempena program “Jutawan Bersama Bank Rakyat” yang berlangsung di Bank Rakyat Cawangan Kerteh, Kemaman.
Kehadiran Team Reruai IKBN Kemasik diwakili oleh Pn. Nooraimy binti Mohamad Tarmizi (Pengajar Bahagian Terapi Kecantikan), Nur Hanim Syahirah binti Suza (Pengajar Intern Jabatan Kosmetologi) dan En. Mohd Razman bin Mohamad (Cawangan Hubungan Industri – Bahagian Media, Promosi & Publisiti). Penyertaan ini bertujuan mendekati komuniti setempat, khususnya golongan belia, bagi menyebarkan maklumat tepat mengenai peluang latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) yang ditawarkan di IKBN Kemasik.
Antara pengisian sepanjang program ialah:
Hebahan Kemasukan Sesi Januari 2027 – Permohonan kini dibuka melalui capaian UP_TVET di https://mohon.tvet.gov.my.
Sesi Kaunseling Kerjaya & Akademik – Penerangan terperinci mengenai kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat kemasukan.
Semakan Syarat Kemasukan – Kemudahan bagi belia tempatan membuat semakan kelayakan dan pendaftaran awal.
Aktiviti Interaktif – Peluang pengunjung bertanyakan soalan secara langsung kepada tenaga pengajar dan wakil institut.
Penyertaan ini membuktikan komitmen IKBN Kemasik dalam memperkukuh peranan sebagai pusat latihan kemahiran yang proaktif, sekali gus menyokong agenda pembangunan belia dan memperluas akses kepada peluang pendidikan TVET.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
#TeamIKBNKemasik
#TvetILKBS
#MalaysiaMADANI
#TeamKBS
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
