- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 10
📸 KURSUS BASIC CAMERA OPERATOR FOR DSLR / MIRRORLESS / CAMCORDER 🎥
Kemasik, Kemaman — Jabatan Multimedia, IKBN Kemasik telah berjaya menganjurkan Kursus Basic Camera Operator for DSLR / Mirrorless / Camcorder yang melibatkan seramai 10 orang peserta daripada pelbagai peringkat umur. Kursus ini memberi pendedahan secara teori dan amali kepada para peserta berkaitan asas pengendalian kamera serta teknik menghasilkan foto dan video yang berkualiti. Kursus telah disampaikan oleh Puan Norhayati binti Mohd Salleh, Pengajar Jabatan Multimedia, IKBN Kemasik.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan kemahiran dan pengetahuan asas dalam pengendalian kamera yang merangkumi:
🔹Peralatan
Peserta diperkenalkan kepada pelbagai jenis kamera seperti DSLR, Mirrorless dan Camcorder, termasuk fungsi serta kegunaan komponen dan aksesori utama.
🔹Pengendalian dan Penjagaan Kamera
Peserta diberi pengetahuan mengenai kaedah pengendalian kamera yang betul serta langkah-langkah penjagaan peralatan bagi memastikan kamera sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi secara optimum.
🔹Tetapan dan Teknik Penggambaran
Peserta mempelajari tetapan asas kamera (camera settings) serta mempraktikkan teknik penggambaran melalui latihan amali. Pendedahan ini membantu peserta meningkatkan keyakinan dalam menghasilkan foto dan video yang lebih berkualiti, kemas dan menarik.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknikal dan keyakinan peserta dalam bidang fotografi dan videografi. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam penghasilan kandungan visual yang kreatif, berkualiti dan profesional.
✨Terokai Lensa. Kuasai Kemahiran. Rakam Masa Depan bersama IKBN Kemasik ✨
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profeasional Terunggul.
Â
#TeamIKBNKemasik
#TeamILKBS
#TeamKBS
#TVETMalaysia
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
