IKBN KEMASIK TERIMA KUNJUNG HORMAT AEON DELICATESSEN HQ

    IKBN KEMASIK TERIMA KUNJUNG HORMAT AEON DELICATESSEN HQ

    Kemasik, Kemaman – Cawangan Hubungan Industri dengan kerjasama Jabatan Hospitaliti IKBN Kemasik telah menerima kunjungan hormat daripada pihak AEON Delicatessen HQ. Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama sedia ada serta mengadakan sesi Dialog Industri bagi mendapatkan input bersama dalam usaha menambah baik inisiatif “win-win situation” kedua-dua pihak.

    Kunjungan pihak AEON turut memberi fokus kepada penerokaan potensi pembangunan bakat dan pengambilan graduan berkemahiran. Objektif utama adalah untuk membuat padanan kompetensi graduan dengan keperluan jawatan serta gred pekerjaan, di samping mengenal pasti unjuran bakat yang berpotensi bagi pengambilan tenaga kerja AEON Delicatessen.

    Langkah ini menjadi permulaan ke arah pemeteraian kerjasama strategik antara IKBN Kemasik dan AEON Delicatessen dalam melahirkan graduan yang kompeten serta memenuhi keperluan industri.

    Mewakili pihak AEON ialah:

    Pn. Norjannah Ismail, Pengurus Kanan Merchandising Support, AEON Delicatessen.

    Pn. Auni Salma, Pengurus Merchandising Support, AEON Delicatessen – Jabatan Pembangunan Kemahiran.

    💼 TVET Pilihan Kerjaya Utama.  
    🏆 ILKBS Profesional Terunggul.

    #AEON 
    #JomMasukIKBNKEMASIK 
    #TeamKBS 
    #TVETILKBS 
    #MalaysiaMadani

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.