KEM PERDANA MPP ILKBS ZON TIMUR 2026

    KEM PERDANA MPP ILKBS ZON TIMUR 2026

    Kuantan, Pahang – Kem Perdana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILKBS Zon Timur Tahun 2026 yang berlangsung selama empat hari tiga malam di Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu berjaya menghimpunkan pemimpin pelajar daripada Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)  bagi memperkukuhkan kemahiran kepimpinan dan pembangunan sahsiah.

    Seramai 108 orang pelajar dari IKBN Kemasik, IKBN Wakaf Tapai, IKTBN Temerloh, IKBN Pekan, IKTBN Bachok, dan IKBN Tanah Merah mengambil bahagian. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Norlia binti Abdullah Pengarah IKBN Kemasik.

    Dalam ucapan beliau, program ini merupakan platform strategik dalam mengumpulkan semua ahli MPP setiap ILKBS untuk ruang percambahan idea dan pendapat yang membina. Usaha dan inisiatif ini amat selaras dengan hasrat kementerian bagi memupuk serta membangunkan kualiti graduan ILKBS secara holistik. 

    Sepanjang program, peserta mengikuti pelbagai modul berkaitan kepimpinan, komunikasi, pengurusan imej, pengurusan organisasi, pembangunan personaliti dan kerja berpasukan bagi memperkukuhkan peranan mereka sebagai pemimpin pelajar dengan dibimbing oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman luas dalam bidang kepimpinan.

    Beliau turut menyeru para peserta agar benar-benar memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh serta memperkasakan pengurusan mereka melalui kerjasama MPP di IPTA/ILKA bagi membantu kecemerlangan institusi. Program ini diharapkan dapat melahirkan barisan pemimpin pelajar ILKBS yang berkualiti, berwibawa dan bersedia menerajui kepimpinan masa hadapan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.