- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 86
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN (PPK) PENGAJAR PERHOTELAN
Serdang, Selangor - Jabatan Perhotelan, IKBN Kemasik telah berjaya melaksanakan Kursus Artificial Intelligence (AI) In Action For Practical Applications In Hotel Industry di 📍 Kompleks Latihan MARDI, Persiaran MARDI-UPM, Serdang, Selangor selama 5 hari (📅 21 – 25 Jun 2026) yang memberi pendedahan menyeluruh mengenai penggunaan AI dalam industri perhotelan dan juga boleh diaplikasikan dalam sesi Pengajaran & Pembelajaran (PdP) yang menarik dan interaktif.
Sepanjang program, para peserta telah mengikuti sesi teori dan latihan amali (hands-on) yang memfokuskan kepada aplikasi AI bagi meningkatkan kecekapan operasi, pemasaran, perkhidmatan pelanggan serta produktiviti organisasi.
🌟 Intipati Kursus:
✅ Artificial Intelligence Fundamentals
✅ AI Tools for Hotel Operations
✅ AI-Powered Customer Engagement
✅ AI for Hospitality Marketing
✅ AI Content Creation & Automation
✅ AI-Assisted SOP & Documentation
✅ AI for Productivity & Decision Making
✅ Hospitality Digital Transformation
Program ini berjaya meningkatkan kompetensi peserta dalam mengaplikasikan teknologi AI bagi menyokong transformasi digital sektor perhotelan dan seterusnya memperkukuh kualiti perkhidmatan serta daya saing industri. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan yang cemerlang. Terima kasih juga kepada pihak penganjur serta tenaga pengajar atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Professional Terunggul.
