Kemasik, Kemaman - Alhamdulillah, Program Jalinan Komuniti IKBN Kemasik yang berlangsung pada 18 hingga 20 Jun 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan dan sambutan yang amat memberangsangkan daripada komuniti setempat.
Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya perkhidmatan dandanan rambut, manicure dan pedicure, pertandingan kemahiran, kolaborasi industri, pameran serta pelbagai aktiviti interaktif yang memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat dunia TVET dan kemahiran yang ditawarkan di IKBN Kemasik.
Pihak IKBN Kemasik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh komuniti yang telah meluangkan masa untuk hadir, menyertai serta memberikan sokongan sepanjang program ini berlangsung. Kehadiran dan sambutan yang diberikan menjadi pemangkin semangat kepada kami untuk terus mendekati masyarakat melalui pelbagai program yang bermanfaat pada masa akan datang.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua kakitangan IKBN Kemasik, para pelajar, rakan kerjasama industri, agensi yang terlibat, para sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan komitmen, tenaga, idea dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya kejayaan program ini adalah hasil usaha dan semangat kerja berpasukan yang cemerlang daripada semua pihak.
Semoga jalinan hubungan yang terjalin antara IKBN Kemasik dan komuniti akan terus kukuh serta membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan.
Terima kasih atas sokongan anda. Jumpa lagi dalam program-program akan datang.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
