- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 25
KURSUS ASAS PEMANTAPAN KEBERSIHAN & KECERIAAN PREMIS YAYASAN ISLAM KELANTAN
Tunjong, Kota Bharu – Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menganjurkan Kursus Asas Pemantapan Kebersihan dan Keceriaan Premis Yayasan Islam Kelantan Tahun 2026 bertempat di Dewan Seminar, Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, Tunjong.
Kursus yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini melibatkan seramai 94 orang peserta yang terdiri daripada warga seluruh institusi pendidikan Yayasan Islam Kelantan. Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta berkaitan amalan kebersihan, kekemasan dan keceriaan premis, di samping mewujudkan persekitaran kerja dan pembelajaran yang bersih, selamat, selesa dan kondusif.
Puan Nur Azlina binti Che Anuar, Ketua Jabatan Perhotelan, Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik (IKBN Kemasik) telah dijemput sebagai Penceramah Jemputan bagi berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang kebersihan dan keceriaan premis bersama warga YIK.
IKBN Kemasik menyambut baik jemputan tersebut sebagai satu platform untuk mengiktiraf kepakaran tenaga pengajar di peringkat luar agensi, memperkukuhkan jaringan strategik antara agensi serta menyokong pencapaian KPI institut khususnya melalui penglibatan tenaga pengajar sebagai penceramah dan Subject Matter Expert (SME).
Perkongsian kepakaran rentas agensi ini turut memberi nilai tambah melalui pertukaran amalan terbaik serta membuka ruang kepada potensi kerjasama pada masa hadapan dalam aspek latihan, pembangunan kompetensi dan pemerkasaan TVET.
Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kesedaran dan komitmen warga YIK untuk membudayakan amalan kebersihan dan keceriaan secara berterusan, selaras dengan usaha mewujudkan persekitaran institusi yang bersih, kemas, ceria, selamat dan kondusif.
✨“KEBERSIHAN MENCERMINKAN KEJAYAAN, KECERIAAN MEMBINA KESELESAAN”✨
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
✨“KEBERSIHAN MENCERMINKAN KEJAYAAN, KECERIAAN MEMBINA KESELESAAN”✨
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
