- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 23
MAJLIS PENYERAHAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2026 & PELANCARAN SIMBOLIK BULAN KEBANGSAAN
Kemasik, Kemaman - Majlis Penyerahan Pelajar Baharu dan Pelancaran Simbolik Bulan Kebangsaan 2026 telah diadakan di Dewan Seri Suria, IKBN Kemasik. Program ini merupakan salah satu agenda utama institut bagi mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu serta menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dalam kalangan warga IKBN Kemasik.
Acara diteruskan dengan sesi penyerahan pelajar baharu secara simbolik kepada pihak pengurusan IKBN Kemasik sebagai tanda penerimaan rasmi mereka sebagai warga institut. Simbolik penyerahan ini melambangkan komitmen IKBN Kemasik dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta melahirkan graduan TVET yang berkemahiran, berintegriti dan berdaya saing.
Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, majlis turut menyaksikan pelancaran simbolik Bulan Kebangsaan sebagai tanda bermulanya pelbagai pengisian dan aktiviti patriotik yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ogos. Pelancaran ini bertujuan memupuk semangat cintakan negara, menghayati erti kemerdekaan serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan warga IKBN Kemasik.
Secara keseluruhannya, Majlis Penyerahan Pelajar Baharu dan Pelancaran Simbolik Bulan Kebangsaan 2026 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja menjadi platform rasmi untuk mengalu-alukan pelajar baharu ke IKBN Kemasik, malah turut menyemai nilai patriotisme, perpaduan dan semangat cintakan negara.
Diharapkan para pelajar baharu akan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan, sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni serta berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang kemahiran, sekali gus menjadi graduan TVET yang berkualiti dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Diharapkan para pelajar baharu akan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan, sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni serta berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang kemahiran, sekali gus menjadi graduan TVET yang berkualiti dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
ILKBS Profesional Terunggul.
