PROGRAM MAULIDUR RASUL PERINGKAT IKBN KEMASIK 2026

    PROGRAM MAULIDUR RASUL PERINGKAT IKBN KEMASIK 2026

    Kemasik, Kemaman – Program Maulidur Rasul Peringkat IKBN Kemasik 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya, menghimpunkan warga institut dalam suasana penuh kesyukuran serta kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

    Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas penglibatan, komitmen, sumbangan, dan kerjasama padu daripada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Kejayaan penganjuran kali ini adalah hasil usaha kolektif yang tersusun rapi, khususnya daripada jabatan-jabatan yang terlibat secara langsung dalam memastikan persiapan pelajar berjalan lancar dan teratur.

    Dalam ucapan penutup, pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) turut memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang perjalanan program. Teguran dan cadangan penambahbaikan akan dijadikan panduan untuk penganjuran yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

    Program ini bukan sahaja menjadi wadah memperingati kelahiran Rasulullah S.A.W., malah turut memperkukuh ukhuwah serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga IKBN Kemasik.

    Akhir kalam, kalungan budi dan junjungan kasih yang ditinggalkan sepanjang program ini akan terus menjadi kenangan indah yang terpahat sepanjang zaman.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya. 
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.