- Mohd Razman Bin Mohamad
- IKBN Kemasik
- Hits: 11
PROGRAM PERKONGSIAN KEPAKARAN AMALI & TEORI (TECHNOLOGY UPDATES).
KHAMIS, 5 FEBRUARI 2026 : IKBN Kemasik - Kerjasama Jabatan Multimedia bersama Industri CANON MALAYSIA, dalam menjayakan program perkongsian kepakaran amali & teori (Technology Updates). Turut serta dalam program ini ialah rakan MOU PROHAZEL GLOBAL RESOURCES, Syarikat TEGAS BROADCAST & MULTIMEDIA serta PIXELS DISTRIBUTION.
Pihak institut amat berbesar hati menerima kunjungan "Visiting Professional" ini sekaligus membuka peluang kepada pelajar dan pengajar Jurusan Penerbitan Video Kreatif, Jabatan Multimedia mendalami pelbagai produk audio video professional seperti kamera, lens, lighting yang berteknologi tinggi. Para pelajar dan pengajar juga didedahkan dengan perkembangan teknologi terkini, selain merasai sendiri menggunakan peranti CANON yang sama sekali digunakan dalam industri perfileman dalam satu sesi fotografi bersama model (ihsan daripada Jabatan Kosmetologi, Bahagian Terapi Kecantikan).
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Canon Malaysia, ProHazel Global Resources, Tegas Broadcast & Multimedia serta Pixels Distribution atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
