- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 22
LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DIY KE IKBN WAKAF TAPAI PERKUKUH AMALAN KUALITI IKBN KEMASIK
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik telah mengadakan lawatan penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) DIY ke IKBN Wakaf Tapai hari ini. Lawatan yang diketuai oleh Puan Nur Munirah binti Awang bersama 21 orang pegawai IKBN Kemasik ini bertujuan untuk memberi pendedahan mendalam dan berkongsi amalan terbaik dalam pelaksanaan EKSA berkonsepkan Do-It-Yourself (DIY).
Delegasi telah diberi taklimat dan dibawa melawat ke zon-zon EKSA bagi melihat inovasi dan inisiatif yang dilaksanakan di IKBN Wakaf Tapai. Pendekatan DIY yang kos efektif dan berdaya saing ini memberi inspirasi hebat kepada pegawai IKBN Kemasik untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik dan berimpak tinggi.
Diharapkan lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi budaya kerja berkualiti dan menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan di IKBN Kemasik.
KONDUSIF . INOVATIF . PRODUKTIF
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
