- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 24
LAWATAN VERIFIKASI PENARAFAN TUNGGAL PROGRAM TVET 2026
IKBN Kemasik telah menerima Lawatan Verifikasi Penarafan Tunggal Program TVET 2026 / ๐Penarafan Bintang๐ yang dilaksanakan selama dua hari (๐
29 โ 30 Jun 2026, Isnin โ Selasa) melibatkan penilaian terhadap empat (4) program latihan, iaitu:
๐ HT-013-3:2011 โ Pembuatan Roti
๐ง HT-014-3:2011 โ Pembuatan Pastri
๐จ I551-002-3:2017 โ Operasi Kaunter Hadapan
๐ S960-002-3:2020 โ Perkhidmatan Estetik
Lawatan ini telah dikendalikan oleh barisan panel verifikasi yang berpengalaman, iaitu:
๐จโ๐ผ Encik Ahmad Muzafar bin Mamat @ Adam
๐จโ๐ผ Ts. Sarizan bin Saaidon
๐จโ๐ผ Encik Nazren Hezli bin Abdullah
Sepanjang sesi verifikasi, panel telah meneliti pelbagai aspek meliputi pematuhan standard program, dokumentasi, kemudahan latihan, proses pengajaran dan pembelajaran, kompetensi tenaga pengajar serta pencapaian pelajar mengikut keperluan penarafan yang ditetapkan. IKBN Kemasik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan panel verifikasi atas segala pandangan, bimbingan dan teguran membina yang diberikan. Penghargaan juga kepada seluruh warga kerja IKBN Kemasik yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan dedikasi sepanjang proses verifikasi berlangsung.
Semoga usaha berterusan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti penyampaian latihan TVET serta memperkukuhkan kecemerlangan IKBN Kemasik dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi, kompeten dan memenuhi keperluan industri.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
