Kemasik, Kemaman - Jurusan Penyediaan Makanan, Jabatan Hospitaliti IKBN Kemasik (dengan kerjasama Cawangan Hubungan Industri) telah menjayakan Program “Gourmet Luncheon: A Symphony of Flavours – K.J.P Bersama Industri”, yang memanfaatkan peluang komunikasi dua hala antara pihak institut dan pemain industri. Sesi yang diadakan di Restoran Ombak Jabatan Hospitaliti ini juga dapat meningkatkan mutu kualiti latihan kemahiran sedia ada dalam institut, khususnya dalam bidang Penyediaan Makanan.
Inisiatif melibatkan pelajar dan pengajar ini sekaligus memantapkan lagi usahasama ke arah memartabatkan Pendidikan TVET bersama pemain industri berhampiran. Antara rakan industri strategik insititut yang hadir memberi sokongan adalah dari Persatuan Chef Pantai Timur, Grand Darul Makmur Hotel, De Rhu Beach Resort, Azam Roasters, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan UiTM. Pihak institut merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pemain industri yang terlibat menjayakan program ini.
TVET Pilihan Kerjaya Utama.
ILKBS Profesional Terunggul.
