TRISKILLS COMMUNICATION CHALLENGE 2026

    TRISKILLS COMMUNICATION CHALLENGE 2026

    Kemasik - Jabatan Pengajian Umum, IKBN Kemasik telah menganjurkan Triskills Communication Challenge yang melibatkan penyertaan pengajar dan kakitangan sebagai usaha memperkukuh kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris.

    Program ini bertujuan meningkatkan keyakinan peserta untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris melalui pelbagai aktiviti interaktif, cabaran komunikasi, pembentangan dan kerja berpasukan. Selain memperkasakan kemahiran berbahasa, program ini turut memupuk budaya pembelajaran berterusan, kerjasama serta komunikasi yang lebih berkesan dalam kalangan warga IKBN Kemasik.

    Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan Puan Maizura binti Sulaiman dari SMK Triang kerana pengisian yang "Awesome". Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas komitmen serta semangat yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Semoga inisiatif seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan warga kerja yang lebih kompeten, yakin dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin global.

    "Communication is the bridge to success."

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.