- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 21
PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS SESI 2/2026 (JULAI) MELABUHKAN TIRAI
ππ₯³TAHNIAH & SYABAS ππ
PELAJAR IKBN KEMASIK BERSEDIA MENGORAK LANGKAH KE FASA SETERUSNYA
Kemasik β Peperiksaan Akhir Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Sesi 2/2026 (Julai) telah selesai dilaksanakan dengan jayanya di IKBN Kemasik bermula 20 hingga 23 Julai 2026 melibatkan kesemua pelajar Semester 1 hingga 4 dengan jumlah keseluruhan 293 orang pelajar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pelajar yang telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang tempoh peperiksaan. Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang sesi pembelajaran menjadi bekalan berharga dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten, berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
Peperiksaan kali ini turut melibatkan penugasan Β 5 orang Pegawai Pengesah Luaran (PPL) lantikan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi tujuan Penilaian Portfolio, Verifikasi Teori Akhir dan Amali Akhir. Manakala bagi kumpulan pelajar bukan akhir tahap, proses penilaian melibatkan verifikasi oleh Pegawai Pengawas Luaran (lantikan dalaman).
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada semua tenaga pengajar, kakitangan serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan urusan peperiksaan berjalan lancar, teratur dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi setiap langkah para pelajar. Teruskan melangkah dengan penuh semangat, meningkatkan kompetensi diri dan bersedia menghadapi cabaran serta peluang pada fasa pembelajaran dan kerjaya yang seterusnya.
π’ Keputusan penuh peperiksaan akan diumumkan selepas mendapat pengesahan Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan IKBN (JKPI).
β¨ Tahniah dan selamat maju jaya buat seluruh pelajar IKBN Kemasik!π
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
