PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 1/2026

    PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 1/2026

     
    Kemasik, 26 Januari 2026 – Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada para pelajar baharu Sesi 1/2026 ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik.Pelajar baharu telah mendaftarkan diri pada hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di Dewan Sri Suria, IKBN Kemasik. Program pendaftaran ini turut diserikan dengan Ucapan Amanat Pengarah Kemahiran BPKB, Kementerian Belia dan Sukan yang telah disampaikan oleh Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia binti Abdullah.
    Selain itu, turut diadakan taklimat umum berkaitan IKBN Kemasik serta sesi interaksi bersama pihak pengurusan, yang melibatkan Pengarah IKBN Kemasik, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Ketua-ketua Jabatan serta Ketua Cawangan Hubungan Industri.

    Bagi Sesi 1/2026, sebanyak empat (4) kursus ditawarkan, iaitu:
    • Terapi Kecantikan (SCK)
    • Penyediaan Roti (SHR)
    • Operasi Kaunter Hadapan (SHH)
    • Room Asthetic & Decoration (MHA)

    Pihak IKBN Kemasik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pelajar serta ibu bapa/penjaga atas kepercayaan memilih IKBN Kemasik sebagai destinasi Latihan TVET terbaik dalam usaha membina masa depan yang cemerlang. Diharapkan semua pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

    ANDA KINI BAKAL PEKERJA MAHIR NEGARA!

    TVET Pilihan Kerjaya Utama
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.