TAKLIMAT EKSA &  TAKLIMAT PENGURUSAN LATIHAN KEPADA PELAJAR BAHARU SESI 2/2026

    TAKLIMAT EKSA & TAKLIMAT PENGURUSAN LATIHAN KEPADA PELAJAR BAHARU SESI 2/2026

    πŸ“’Kemasik – Jawatankuasa Latihan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik (IKBN Kemasik) telah mengadakan Taklimat EKSA kepada pelajar baharu IKBN Kemasik Sesi 2/2026.

    Taklimat yang berlangsung pada jam 3.30 petang bertempat di Dewan Seri Suria, IKBN Kemasik ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman kepada pelajar baharu berkaitan konsep, amalan serta kepentingan pelaksanaan EKSA dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bersih, kemas, selamat, ceria dan kondusif.

    Melalui taklimat ini, para pelajar turut diberikan penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab bersama dalam memastikan amalan EKSA dapat diterapkan dalam kehidupan seharian, khususnya melalui budaya menjaga kebersihan, kekemasan, disiplin dan persekitaran yang selesa di kawasan kampus.

    Semoga penerapan budaya EKSA ini dapat membentuk warga IKBN Kemasik yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab serta sentiasa mengutamakan persekitaran yang kondusif demi menyokong proses pembelajaran dan pembangunan sahsiah pelajar.

    β€œKONDUSIF . INOVATIF . PRODUKTIF ”

    πŸ“š TAKLIMAT PENGURUSAN LATIHAN KEPADA PELAJAR BAHARU SESI 2/2026
    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik juga telah mengadakan Taklimat Pengurusan Latihan kepada pelajar baharu bagi sesi 2/2026 bertempat di Dewan Seri Suria, IKBN Kemasik, pada jam 2.30 petang.

    Taklimat telah disampaikan oleh YM Raja Azlan bin Raja Alias dari Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti, IKBN Kemasik sebagai salah satu usaha memberikan pendedahan dan pemahaman awal kepada pelajar baharu berkaitan pengurusan latihan serta proses persijilan kemahiran yang akan dilalui sepanjang tempoh pengajian.

    Antara perkara yang dikongsikan dalam taklimat adalah berkaitan:
    > Pengenalan kepada Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
    > Pengurusan dan penyediaan Portfolio Pelajar
    > Proses pendaftaran pelajar melalui sistem MySPIKE
    > Pelaksanaan Peperiksaan Teori dan Amali
    > Penerangan berkaitan Prosedur Ulang Nilai Persijilan

    Taklimat ini diharapkan dapat membantu pelajar memahami dengan lebih jelas keperluan, prosedur dan tatacara pengurusan latihan serta persijilan yang perlu dipatuhi sepanjang mengikuti pengajian di IKBN Kemasik.

    Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan dan memberikan motivasi kepada semua pelajar baharu untuk menjalani latihan dengan penuh komitmen, disiplin dan kesungguhan demi mencapai kejayaan dalam bidang kemahiran yang diceburi.
    Selamat datang kepada semua pelajar baharu Sesi 2/2026! πŸŽ“βœ¨

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.