- Kok Kaw Keaw
- IKBN Kinarut
- Hits: 11
7 ORANG PELAJAR IKBN KINARUT SERTAI KURSUS ASAS EDITING VIA AI SIRI 2
Kota Kinabalu, 27 Jun 2026 – Seramai tujuh (7) orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah berjaya mengikuti Kursus Asas Editing via AI Siri 2 yang dianjurkan oleh Kelab Belia Bukit Padang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penyuntingan kandungan digital, penghasilan animasi serta pembangunan kreativiti dalam penghasilan media digital.
Lebih membanggakan, dua (2) orang pelajar IKBN Kinarut telah berjaya meraih tempat pertama dan tempat kedua dalam sesi penilaian Video Terbaik, mengatasi persaingan daripada 20 orang peserta yang menyertai kursus tersebut.
Bagi menghargai pencapaian tersebut, sijil penyertaan dan penghargaan telah disampaikan oleh Pengarah IKBN Kinarut semasa Perhimpunan Pagi bersama para pelajar sebagai tanda pengiktirafan atas usaha dan kejayaan yang telah dicapai. Penyertaan ini diharap dapat meningkatkan kemahiran digital pelajar IKBN Kinarut selaras dengan perkembangan teknologi semasa, sekali gus melahirkan graduan yang lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam industri.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
