Papar- 8 Julai 2026-IKBN Kinarut telah berjaya menganjurkan Pertandingan Ekspresi Bakat Spelling Bee yang bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, kemahiran komunikasi serta keyakinan diri dalam kalangan pelajar.
Keputusan pertandingan menyaksikan Kumpulan Zenith Veritas muncul sebagai Johan, diikuti Kumpulan PJE sebagai Naib Johan, manakala Kumpulan Bee Stars meraih Tempat Ketiga.
Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengarah IKBN Kinarut, Puan Zuarini binti Jumai, yang turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta atas semangat, usaha dan komitmen yang dipamerkan sepanjang pertandingan.
Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh peserta. Semoga pertandingan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris serta melahirkan pelajar TVET yang berdaya saing dan cemerlang.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
