- Kok Kaw Keaw
- IKBN Kinarut
- Hits: 27
GEGAR PENTAS KEPENGGUNAAN! DIMENSIONS CLUB IKBN KINARUT HARUMKAN NAMA INSTITUSI
KOTA KINABALU, 11 Julai – Seramai 4 orang pelajar IKBN Kinarut daripada Jurusan Elektrik yang mewakili kumpulan Dimensions Club telah menyertai Pertandingan Battle of the Bands Kepenggunaan Peringkat Zon Borneo sempena Fiesta Kepenggunaan KPDN Sabah Tahun 2026. Selain GPS IKBN Kinarut, terdapat juga penyertaan dari Kelab Gerakan Pengguna Siswa IPTA yang lain.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohammad Ghazali bin Hajiji diiringi oleh YBrs. Sharil Nizam bin Shahidin, Pengarah KPDN. Dalam pertandingan tersebut, kumpulan Dimensions Club berjaya meraih hadiah saguhati berupa wang tunai RM300 berserta dua (2) unit hamper.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Gerakan Pengguna Siswa IKBN Kinarut, khususnya kepada kumpulan Dimensions Club, atas penyertaan dan pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta mengharumkan nama institusi pada masa akan datang.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
