KURSUS ASAS SERVIS PENYAMAN UDARA PERKASA KEMAHIRAN BELIA

    KURSUS ASAS SERVIS PENYAMAN UDARA PERKASA KEMAHIRAN BELIA

    Papar, Julai 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah menganjurkan Kursus Asas Servis Penyaman Udara di bawah Program My Future Youth Skills ( Future Y-Skills) di IKBN Kinarut sebagai usaha memberi latihan asas kemahiran TVET kepada para belia.

    Program ini telah disertai oleh Seramai 19 oang peserta daripada Belia Kampung Kawang, Belia Daerah Putatan, serta belia dari Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu yang berpeluang mempelajari asas penyelenggaraan dan servis penyaman udara menerusi gabungan pembelajaran teori dan latihan praktikal yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman.

    Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Puan Zuarini binti Jumai, Pengarah IKBN Kinarut, yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Semasa berucap, beliau menekankan bahawa penguasaan kemahiran TVET merupakan nilai tambah penting dalam melahirkan belia yang berdaya saing, kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri.

    Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen IKBN Kinarut dalam memperluaskan akses latihan TVET kepada komuniti serta menyokong agenda pembangunan modal insan melalui pemerkasaan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.