KINARUT, 20 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah berjaya menganjurkan Pertandingan Ekspresi Bakat Nasyid Peringkat IKBN Kinarut 2026. Program ini bertujuan memupuk pembangunan sahsiah, bakat seni, dan nilai-nilai murni dalam kalangan belia TVET, sekali gus menyokong pembentukan modal insan yang cemerlang secara holistik.
Dalam pertandingan tersebut, Kumpulan Sautun Najjah telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan selepas mempamerkan mutu persembahan vokal yang jitu dan harmoni menerusi lagu "Suci Sekeping Hati". Kedudukan Naib Johan pula disandang oleh Kumpulan Wibah yang membawakan lagu "Ainul Mardhiyah", manakala Kumpulan Soutul Ukhwah menduduki tempat ketiga menerusi penyampaian lagu bertajuk "Rasulullah".
Pertandingan ini telah diadili oleh juri profesional yang berpengalaman, menampilkan Ustazah Hjh Mahani binti Dalib selaku Juri Jemputan. Penilaian merangkumi aspek teknikal vokal, kreativiti persembahan, serta penghayatan lirik dan mesej ketuhanan yang disampaikan oleh setiap kumpulan.
Penganjuran aktiviti pembangunan insaniah (soft skills) seperti ini membuktikan komitmen jitu IKBN Kinarut dalam melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal, malah memiliki jati diri yang kental, disiplin yang tinggi, serta berupaya mengemudi masa depan negara dengan nilai kepimpinan yang unggul.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
