IKBN KINARUT SELANGKAH LAGI MENJADI PUSAT BERTAULIAH KNX DI SABAH

    IKBN KINARUT SELANGKAH LAGI MENJADI PUSAT BERTAULIAH KNX DI SABAH

    KINARUT, 19 Jun 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju latihan kemahiran TVET apabila berjaya menganjurkan KNX Basic Certified Training, sekali gus menjadi langkah penting ke arah pengiktirafan sebagai Pusat Bertauliah KNX pertama dalam kalangan institusi latihan kemahiran belia di Sabah.

    Kursus intensif selama lima hari yang berlangsung dari 15 hingga 19 Jun 2026 itu telah diadakan di Makmal Automasi Bangunan dan Keselamatan, Bahagian Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik, IKBN Kinarut.
    Program tersebut dikendalikan oleh dua tenaga pengajar profesional daripada KSDC Sdn. Bhd., iaitu Encik Muhammad Muizuddin Mahadir dan Encik Zulhanif Faisal Julkfilee, yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang teknologi automasi bangunan berasaskan standard antarabangsa KNX.

    Seramai 12 orang tenaga pengajar dan staf Jabatan Elektrik IKBN Kinarut telah menyertai kursus ini bagi meningkatkan kompetensi serta memperkukuhkan kepakaran dalam teknologi automasi bangunan pintar yang semakin mendapat permintaan dalam industri.

    Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan kepada pelbagai modul teori dan amali yang merangkumi:
    * System Argument & System Overview
    * TP1 Topology & Bus Devices TP1 Installation
    * KNX RF
    * Project Design ETS6 (Basic & Advanced)
    * Commissioning ETS6 & ETS6 Diagnostic
    Penganjuran kursus ini bukan sekadar latihan peningkatan kemahiran, malah merupakan satu inisiatif strategik ke arah memenuhi keperluan dan syarat pengiktirafan sebagai Pusat Latihan Bertauliah KNX. Pengiktirafan tersebut akan membolehkan IKBN Kinarut menawarkan latihan dan pensijilan KNX yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
    Selaras dengan perkembangan pesat industri Smart Home dan Smart Building, IKBN Kinarut komited untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi kehendak industri semasa serta masa hadapan.

    Usaha ini juga membuktikan kesungguhan IKBN Kinarut dalam memperkasakan pendidikan dan latihan TVET berteknologi tinggi, sejajar dengan aspirasi TVET Malaysia dan agenda Malaysia MADANI dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi untuk pembangunan negara.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.