PENGAJAR JABATAN AWAM PERKASA KOMPETENSI MELALUI LATIHAN INTENSIF PENGUKURAN HIDROGRAFI BERTEKNOLOGI TINGGI

    PENGAJAR JABATAN AWAM PERKASA KOMPETENSI MELALUI LATIHAN INTENSIF PENGUKURAN HIDROGRAFI BERTEKNOLOGI TINGGI

    PAPAR, 17 Jun 2026 – Syabas diucapkan kepada 7 orang tenaga pengajar dari Jabatan Awam yang telah berjaya menamatkan latihan intensif pengukuran hidrografi selama 3 hari (15 - 17 Jun) di Pantai Beringis, Papar!
    ‎Latihan khas ini memfokuskan kepada konsep, prinsip, dan teknik pengukuran hidrografi bagi memantapkan lagi kemahiran praktikal dalam pemetaan dasar laut.
    ‎Gabungan Dua Bidang Kepakaran:
    ‎5 orang tenaga pengajar dari Bidang Geomatik & Ukur
    2 orang tenaga pengajar dari Bidang Pelukis Pelan Seni Bina
    ‎Teknologi & Peralatan Terkini:
    ‎‎Sepanjang latihan, para peserta telah didedahkan dengan pengendalian APACHE 3.0 PRO (Single Beam Echosounder) — sebuah bot permukaan tanpa pemandu (USV) berteknologi tinggi untuk mengukur kedalaman air dan pemetaan batimetri yang efisien. Sistem ini digabungkan dengan teknologi RTK GNSS (Real-Time Kinematic Global Navigation Satellite System).

    ‎Gabungan ini membolehkan pencerapan data batimetri dilakukan secara serentak; di mana echosounder menentukan profil kedalaman manakala RTK GNSS membekalkan data rujukan ruang (koordinat posisi X dan Y) berkejituan tinggi pada tahap sentimeter secara masa-nyata (real-time).
    ‎Barisan Instruktor Hebat:
    ‎Sesi pemindahan ilmu ini dikendalikan sepenuhnya oleh pakar industri daripada Bandwork Sabah yang diketuai oleh Encik Mohd Azlan bin Omar, serta dibantu oleh Encik Terry Liaw Vui Ping dan Encik Mohd Haizal Arash bin Hazman@Nasip.
    ‎Semoga impak latihan ini dapat memperkasakan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berteraskan teknologi industri sebenar!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.