IKBN Kinarut Semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2026

    IKBN Kinarut Semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2026

    KOTA KINABALU, 31 Ogos 2026 – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu berlangsung dengan penuh meriah apabila lebih 170 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan awam dan swasta, badan beruniform, NGO dan sektor swasta menyertai acara perbarisan.

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut turut tidak ketinggalan menyertai acara perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan dengan menampilkan seramai 40 orang pelajar. Penyertaan ini menjadi wadah kepada para pelajar untuk menzahirkan semangat patriotisme, perpaduan, kekitaan serta kecintaan terhadap negara amnya dan Negeri Sabah khususnya.

    Kemeriahan sambutan turut diserikan dengan pelbagai persembahan seperti koir, demonstrasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah serta tarian dari Kementerian Kebudayaan Negeri Sabah.

    Belia Berkemahiran, Berdisiplin dan Patriotik, Pemacu Masa Depan Negara.”

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.