PROGRAM CITRA IBADAH: CINTAI SOLAT & AL-QURAN IKBN KINARUT TAHUN 2026

    PROGRAM CITRA IBADAH: CINTAI SOLAT & AL-QURAN IKBN KINARUT TAHUN 2026

    KINARUT – 4 SEPTEMBER 2026 (Jumaat) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah berjaya melaksanakan Program Citra Ibadah: Cintai Solat & Al-Quran Tahun 2026 selama dua hari, bermula 3 hingga 4 September 2026, bertempat di Surau Nur Hidayah, IKBN Kinarut.

    Program yang melibatkan 98 orang pelajar Semester 1 ini bertujuan memperkukuh kefahaman dan penghayatan terhadap kepentingan solat serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Pengisian turut menekankan pembentukan sahsiah, disiplin, akhlak dan jati diri dalam kalangan pelajar.

    Pengisian ilmu telah disampaikan oleh Ustaz Sabran bin Sabirullah, Pegawai Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, dan Ustazah Jumaiah binti Harun. Para peserta mengikuti sesi perkongsian kerohanian, penghayatan ibadah dan aktiviti refleksi yang memberi penekanan kepada peranan solat dalam membentuk disiplin serta hubungan dengan Allah SWT, di samping penghayatan Al-Quran dalam kehidupan.

    Kemuncak program ialah Majlis Perasmian Penutupan yang telah disempurnakan oleh Puan Zuarini binti Jumai, Pengarah IKBN Kinarut. Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa pembangunan pelajar IKBN bukan sahaja tertumpu kepada kemahiran teknikal dan vokasional, malah perlu seiring dengan pembentukan sahsiah, akhlak, disiplin dan nilai kerohanian.

    Penganjuran program ini diharapkan dapat menyemai kecintaan terhadap solat dan Al-Quran serta melahirkan belia TVET yang berkemahiran, berdaya saing, berdisiplin, berintegriti dan mempunyai keperibadian yang mulia.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.