Papar-18 Mei 2026-Kontinjen IKBN Kinarut telah menyertai Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah 2026 yang menghimpunkan pelbagai institusi TVET dari seluruh negeri Sabah dalam semangat kesukanan, perpaduan dan kerjasama berpasukan.
Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Jordan Jude selaku Pembantu Menteri Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.
Penyertaan IKBN Kinarut dalam acara Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Tampar lelaki wanita , Badminton dan Esports Mobile Legends dalam kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam bidang sukan, malah turut memperkukuhkan semangat disiplin, kepimpinan serta jati diri dalam kalangan warga institut.
Seluruh warga IKBN Kinarut mendoakan agar kontinjen institut terus beraksi cemerlang, bersemangat tinggi dan mengharumkan nama institut sepanjang kejohanan berlangsung.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
