ISTIADAT KONVOKESYEN IKBN KINARUT KALI KE-18 TAHUN 2026

    ISTIADAT KONVOKESYEN IKBN KINARUT KALI KE-18 TAHUN 2026

    188 GRADUAN IKBN KINARUT MELANGKAH KE FASA BAHARU KEHIDUPAN

    PENAMPANG, SABAH | 2026 – Seramai 188 graduan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut diraikan dalam Istiadat Konvokesyen IKBN Kinarut Kali Ke-18 Tahun 2026, sebagai simbol kejayaan setelah melalui tempoh pengajian, latihan kemahiran dan pelbagai cabaran sebelum melangkah ke alam kerjaya.

    Istiadat penuh bermakna tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol, dan turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Puan Chan Hong Jin, serta Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, YBrs. Encik Mohd Sukri Ismail.

    Kejayaan 188 graduan ini mencerminkan komitmen IKBN Kinarut dalam melahirkan tenaga mahir yang kompeten, berdisiplin, berintegriti dan bersedia memenuhi keperluan industri, selaras dengan aspirasi memperkukuh pembangunan bakat TVET negara.

    Para graduan yang diraikan terdiri daripada bidang Teknologi Elektrik, Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Teknologi Awam, serta Program Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas yang pertama kali diraikan.

    TIGA GRADUAN CEMERLANG
    Turut diberi penghargaan ialah penerima anugerah graduan terbaik yang telah menunjukkan pencapaian membanggakan sepanjang tempoh pengajian:

    Muhammad Jazwansyah Bin Jalaluddin
    Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan IKBN Kinarut merangkap Graduan Terbaik Diploma Teknologi Elektrik.

    Dicky Hewitt
    Anugerah Graduan Terbaik Sijil Teknologi Awam

    Riezman Aiman bin Abdulhani
    Anugerah Graduan Terbaik Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik.

    Pencapaian ini bukan sekadar mengangkat nama individu, malah menjadi inspirasi kepada warga IKBN Kinarut untuk terus membudayakan kecemerlangan dalam pendidikan, kemahiran dan pembangunan sahsiah.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.