MINGGU PARADIGMA IKBN KINARUT

    MINGGU PARADIGMA IKBN KINARUT

    Pelbagai aktiviti bermanfaat telah dilaksanakan sepanjang Minggu Paradigma bagi membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri pelajar baharu. Antaranya ialah ceramah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai bahaya penipuan dalam talian (scammer), pencegahan daripada menjadi mangsa atau keldai akaun serta meningkatkan kesedaran terhadap jenayah siber.

    Selain itu, pelajar turut mengikuti sesi perkongsian bersama alumni IKBN yang berkongsi pengalaman, cabaran dan kejayaan dalam dunia pekerjaan sebagai sumber inspirasi serta motivasi kepada pelajar baharu.

    Pengisian turut diteruskan dengan tazkirah Maghrib yang memberi santapan rohani, di samping aktiviti gotong-royong yang memupuk semangat kerjasama, disiplin, kebersihan dan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar. Kesemua aktiviti ini menjadi platform penting dalam membentuk pelajar yang berilmu, berakhlak dan bersedia menempuh kehidupan sebagai warga IKBN.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.