SEDAFIAT ADAKAN TEMUDUGA TERBUKA KEPADA PELAJAR KURSUS CHARGEMAN A4 IKBN KINARUT

    SEDAFIAT ADAKAN TEMUDUGA TERBUKA KEPADA PELAJAR KURSUS CHARGEMAN A4 IKBN KINARUT

    Kinarut- 9 Julai 2026 – Seramai 10 orang pelajar Kursus Penjaga Jentera Elektrik A4 (P45) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah menyertai sesi temuduga terbuka yang dianjurkan oleh Sedafiat Sdn. Bhd. bagi memberi peluang kepada bakal graduan memulakan kerjaya dalam industri sebaik sahaja menamatkan latihan.

    Sesi temuduga ini dikendalikan oleh tiga orang panel daripada Sedafiat Sdn. Bhd., iaitu:
         - En. Khamis@Kamis Bin Abd Rashid Majid – Ketua Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran (HRA)
         - En. Mohd Nur Siddiq Chin Abdullah – Ketua Jabatan Strategi, Inovasi, Teknologi, Persekitaran & Kualiti (SITEQ)
         - En. Hakim Bin Abd Saini – Pengurus Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS)

    Program ini merupakan salah satu inisiatif kerjasama strategik antara pihak industri dan IKBN Kinarut dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET. Para pelajar berpeluang mempamerkan pengetahuan teknikal, kemahiran komunikasi serta kesediaan mereka untuk menyertai alam pekerjaan.

    Pihak IKBN Kinarut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sedafiat Sdn. Bhd. atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan sesi temuduga ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang kompeten dan memenuhi keperluan industri.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.