SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 1448H DISANTUNI DENGAN PENUH PENGHAYATAN SURAU AL-HIDAYAH, IKBN KINARUT

    SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 1448H DISANTUNI DENGAN PENUH PENGHAYATAN SURAU AL-HIDAYAH, IKBN KINARUT

    KINARUT, 16 Jun 2026 (Selasa) – Surau Al-Hidayah dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah menganjurkan Majlis Sambutan Awal Muharram 1448H yang berlangsung dalam suasana penuh keberkatan dan penghayatan di Surau Al-Hidayah, IKBN Kinarut.

    Majlis diisi dengan pelbagai pengisian kerohanian yang memberi manfaat kepada para hadirin, antaranya zikir munajat, doa akhir Tahun 1447Hijrah, doa awal Tahun 1448Hijrah serta tazkirah awal Muharram yang disampaikan oleh Encik Mohamad Iskandar Shah bin Kelaman.

    Dalam tazkirah tersebut, beliau menekankan kepentingan hijrah sebagai simbol perubahan diri ke arah yang lebih baik, di samping mengajak para hadirin untuk memperkukuh azam dalam meningkatkan keimanan, disiplin dan kualiti diri sebagai seorang Muslim.

    Majlis turut diserikan dengan sesi santunan Maal Hijrah sebagai tanda ukhuwah, penghargaan dan pengukuhan silaturahim dalam kalangan warga IKBN Kinarut.

    Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik tolak kepada perubahan yang lebih positif, memperkukuh keimanan serta menyemarakkan semangat istiqamah dalam melaksanakan kebaikan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.