TAHNIAH PASUKAN ROBOTIK IKBN KINARUT!

    TAHNIAH PASUKAN ROBOTIK IKBN KINARUT!

    Bukit Mertajam -7 Julai 2026- Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh pengajar dan pelajar Pasukan Robotik IKBN Kinarut atas komitmen, dedikasi serta semangat juang yang tinggi sepanjang penyertaan dalam Pertandingan Robotik di IKTBN Bukit Mertajam.

    Penyertaan ini bukan sekadar medan untuk bertanding, malah menjadi platform berharga bagi menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran teknikal, memupuk kerja berpasukan serta meningkatkan daya saing dalam bidang robotik. Setiap cabaran yang dihadapi merupakan peluang untuk belajar, berkembang dan menjadi lebih baik.

    Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Jadikan pengalaman ini sebagai pemangkin untuk menggilap bakat, memperkukuh ilmu dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

    Kejayaan bukan hanya diukur melalui kemenangan, tetapi melalui keberanian untuk mencabar diri, kesungguhan untuk terus belajar dan semangat untuk tidak mudah berputus asa.

    Teruskan berjuang!!!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.