TAKLIMAT PERKONGSIAN IKBN KINARUT TARIK MINAT PELAJAR BAHARU TINGKATAN ENAM SMK TAKIS PAPAR

    TAKLIMAT PERKONGSIAN IKBN KINARUT TARIK MINAT PELAJAR BAHARU TINGKATAN ENAM SMK TAKIS PAPAR

    PAPAR, 18 Jun 2026 – Satu sesi taklimat perkongsian maklumat berkaitan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah diadakan bersama pelajar baharu Tingkatan Enam di SMK Takis Papar, dalam usaha memperluaskan pendedahan terhadap laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

    Program tersebut bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai peluang pengajian, kemudahan latihan serta prospek kerjaya dalam bidang TVET yang ditawarkan di IKBN Kinarut.

    Taklimat telah disampaikan oleh wakil IKBN Kinarut yang berkongsi maklumat berkaitan bidang kemahiran, kelebihan mengikuti latihan di IKBN serta laluan kerjaya yang boleh diceburi selepas tamat pengajian.

    Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pihak sekolah sebagai tanda apresiasi atas kerjasama yang diberikan. Sijil tersebut telah disampaikan oleh Razali bin Haji Matali, Pengetua SMK Takis Papar.

    Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat membuka minda pelajar terhadap kepentingan TVET sebagai salah satu pilihan utama pendidikan tinggi yang menjamin masa depan kerjaya yang lebih cerah dan berkemahiran tinggi.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.