
- Mohamad Firdaus bin Mislam
- IKBN Miri
- Hits: 43
IKBN Miri Anjur Ceramah Kesedaran Jenayah Bersama PDRM
Miri, 29 September 2025 (Isnin) – Seramai 358 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri telah menghadiri satu sesi ceramah berkaitan kesedaran jenayah dan keselamatan yang dianjurkan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.
Ceramah ini telah disampaikan oleh DSP Er Sheau Jia, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri. Turut hadir ialah ASP Mahadi Hussien dari Bahagian Siasatan dan Perundangan Jenayah IPD Miri serta Tuan Lee Yen Fang, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Miri.
Tujuan utama ceramah ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran para pelajar tentang bahaya jenayah serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.
Program seumpama ini diharap dapat membentuk pelajar yang lebih berdisiplin, berpengetahuan, serta peka terhadap isu keselamatan di persekitaran khasnya di IKBN Miri.