MIRI - 5 November 2025 (Rabu) II Hari ini, Institut Teknologi Riam (RiamTec) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Teknologi Hospitaliti, IKBN Miri.Lawatan ini melibatkan 32 orang pelajar Program Seni Kulinari Tahap 2 – 4 bersama 4 orang pengajar dari RiamTec.
Tujuan utama lawatan ini ialah untuk:
- Membuat penanda arasan dan perbandingan terhadap pelaksanaan program latihan antara kedua-dua institusi;
- Meneroka amalan terbaik serta kaedah pengajaran yang diamalkan di IKBN Miri;
- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan dan suasana pembelajaran di institusi lain; serta
- Memperkukuh hubungan dan jaringan kerjasama antara RiamTec dan IKBN Miri.
Pihak IKBN Miri amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap agar perkongsian ilmu serta pengalaman ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam melahirkan tenaga mahir TVET yang berkemahiran tinggi dan kompeten.
