IKBN Miri Raih Pengiktirafan Cemerlang di Perhimpunan Bulanan KBS

    IKBN Miri Raih Pengiktirafan Cemerlang di Perhimpunan Bulanan KBS

    PUTRAJAYA, 12 Jun 2026 (Jumaat) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri telah menerima pengiktirafan kementerian apabila diumumkan sebagai penerima beberapa anugerah dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi Bulan Jun 2026 yang berlangsung di Dewan Podium B, Menara KBS pagi tadi.

    Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

    Komitmen dan mutu kerja luar biasa seluruh warga organisasi sepanjang tahun lalu telah membuahkan hasil melalui anugerah dan pencapaian berikut:
    πŸŽ–Anugerah ILKBS Kategori Cemerlang (EKSA)
    πŸŽ–Anugerah PTJ Cemerlang Tahun 2025
    πŸŽ–Pencapaian 100% Prestasi Pembayaran Bil & Tuntutan Dalam Tempoh 7 Hari Bagi Tahun 2025

    Pihak pengurusan IKBN Miri merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat semua warga kerja. Semoga pengiktirafan ini membakar semangat kita untuk terus memacu kegemilangan ✨

    "Let’s Create Excellence"
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Miri,
    Jalan Permyjaya Utama,
    Bandar Baru Permyjaya
    98000 Miri, Sarawak

    No Tel : 085-660714

    Β