SEKITAR HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU IKBN MIRI SESI 2/2026

    SEKITAR HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU IKBN MIRI SESI 2/2026

     
    Miri, 27 Julai 2026(Isnin) - Seramai 140 orang pelajar baharu telah berjaya mendaftar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri bagi Sesi 2/2026 setakat pukul 12.00 tengahari hari ini.
    Seawal jam 8.00 pagi, para pelajar bersama ibu bapa mula hadir bagi melengkapkan urusan pendaftaran. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah IKBN Miri, Tuan Mohamad Mazlan bin Haji Anis, serta Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Encik Kaya bin Raju.

    Program dimulakan dengan taklimat pembentangan insurans yang disampaikan oleh Encik Sharizal bin Mohd Shahir daripada Etiqa Takaful Maybank Bangsar Kuala Lumpur dan seterusnya ucapan alu-aluan dan amanat daripada Pengarah IKBN Miri kepada para pelajar baharu sebagai pembakar semangat untuk memulakan perjalanan mereka di IKBN Miri. Seterusnya, sesi diteruskan dengan sesi soal jawab bersama ibu bapa dan pelajar bagi memberikan penerangan serta menjawab segala pertanyaan berkaitan pengajian dan kehidupan kampus.

    Selepas itu, para pelajar meneruskan urusan pendaftaran mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Keseluruhan proses pendaftaran berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak yang terlibat.

    Pihak IKBN Miri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja IKBN Miri serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang telah bertungkus-lumus membantu dan memastikan segala urusan pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2/2026 berjalan dengan teratur dan lancar.
    Selamat datang kepada semua pelajar baharu. Semoga pengajian di IKBN Miri menjadi titik permulaan kepada kejayaan yang cemerlang serta melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing dan berintegriti.

    "Let’s Create Excellence"
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Miri,
    Jalan Permyjaya Utama,
    Bandar Baru Permyjaya
    98000 Miri, Sarawak

    No Tel : 085-660714