- Mohamad Firdaus bin Mislam
- IKBN Miri
- Hits: 25
PROMOSI SEMPENA PROGRAM KEMBARA INSPIRASI BELIA AKAR UMBI (KIBAR) PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2.0 TAHUN 2026
MIRI, 18 Julai 2026(Sabtu) – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah mengadakan program sempena Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Sarawak 2.0 Tahun 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Kg. Luak. Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan penglibatan golongan belia dalam persatuan, meningkatkan kebolehcapaian belia luar bandar terhadap inisiatif program kerajaan, serta memupuk kesedaran dan tanggungjawab belia terhadap hala tuju pembangunan negara.
IKBN Miri hadir untuk memperluaskan capaian promosi terhadap bidang kemahiran selaras dengan aspirasi negara dalam memperkukuh pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
"Let’s Create Excellence"
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
