11 Oktober 2025 | ALOR SETAR: Pihak Cawangan Hubungan Industri IKBN Naka telah dijemput bagi mempromosi bidang TVET di IKBN Naka bersempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025. Program yang berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik itu telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Majlis yang berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Alor Star Mall itu disertai dengan pertunjukan seni bela diri serta gimik pelancaran HSN2025 peringkat negeri Kedah.
Bagi pihak Cawangan Hubungan Industri IKBN Naka, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan yang diberikan. Untuk makluman, IKBN Naka merupakan pusat latihan kemahiran bagi bidang Penyaman Udara dan juga bidang Pembuatan Makanan (Pemprosesan). Kepada semua pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pelajar di dalam bidang kemahiran anda sangat dialu-alukan untuk menyertai kami. Permohonan kemasukan untuk sesi Januari tahun 2025 telah pun dibuka melalui laman web UPTVET atau pun melalui pautan berikut:
