IKBN NAKA BERSAMA SEKOLAH

    IKBN NAKA BERSAMA SEKOLAH

    16 Oktober 2025 | GURUN: Pihak Cawangan Hubungan Industri IKBN Naka telah dijemput bagi memenuhi undangan untuk mempromosi bidang TVET di IKBN Naka bersempena Hari Kokurikulum Sekolah Tahun 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, Pendang, Kedah. Majlis yang berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan makanan, pertandingan kawad kaki, pameran agensi dan pelbagai acara sukaneka berlangsung. Bagi pihak Cawangan Hubungan Industri IKBN Naka, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan yang diberikan. Untuk makluman, IKBN Naka merupakan pusat latihan kemahiran bagi bidang Penyaman Udara dan juga bidang Pembuatan Makanan (Pemprosesan). Kepada semua pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pelajar di dalam bidang kemahiran anda sangat dialu-alukan untuk menyertai kami. Permohonan kemasukan untuk sesi Januari tahun 2025 telah pun dibuka melalui laman web UPTVET atau pun melalui pautan berikut:
     

    Institut Kemahiran Belia Negara Naka
    Mukim Tekai, Pekan Naka,
    Kedah, Malaysia

    No Tel : 04 - 7993000
    No Faks : 04 - 7851269
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.