11 Oktober 2025 | PADANG TERAP: Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Padang Terap Tahun 2025 telah berlangsung dengan meriah di Kompleks Sukan Komuniti FELDA Lubuk Merbau, Padang Terap dangan bertemakan Malaysia Aktif. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Padang Terap merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap. Turut mengiringi beliau ialah Tuan Haji Jafri bin Din, Pegawai Pendidikan Daerah Padang Terap; Tuan Haji Azizan bin Hamid, Pengetua SMK Lubuk Merbau; Encik Noor Sahidi bin Abd Rahman, Pengurus FELDA Lubuk Merbau; serta Encik Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Senamrobik, Fun Ride Offroad 25KM, Fun Run (Larian Madani) 5KM, Fun Walk (Berjalan Ria Malaysia Aktif), Memanah Tradisional, Bola Sepak Bawah 12 Tahun, Tarik Tali Santai Komuniti, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Bola Tampar Wanita serta Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta.
YBrs. Puan Pegawai Daerah turut sama mengambil bahagian dalam acara Fun Walk, sekali gus menyemarakkan semangat kesukanan bersama warga komuniti FELDA Lubuk Merbau dan agensi-agensi kerajaan. Turut diadakan sesi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik daripada pihak penaja. IKBN Naka telah dijemput untuk mengadakan pameran promosi serta mewara-warkan pengambilan pelajar bagi sesi Januari tahun 2025. Untuk makluman, IKBN Naka merupakan pusat latihan kemahiran bagi bidang Penyaman Udara dan juga bidang Pembuatan Makanan (Pemprosesan). Kepada semua pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pelajar di dalam bidang kemahiran anda sangat dialu-alukan untuk menyertai kami. Permohonan kemasukan untuk sesi Januari tahun 2025 telah pun dibuka melalui laman web UPTVET atau pun melalui pautan berikut:
